>>TRAVEL :: AirAsia :: MAS :: FireFly :: MasWing :: PotoTravel ::
>> MYROUTINE :: Blogger :: Maybank2u :: Facebook ::Twitter :: Flickr :: Google :: Yahoo :: MAS :: Airasia :: E-bay :: paypal :: FantasyEPL :: Olympus :: Mitsubishi :: Youtube ::

______________________________________________________________

..

Lagu Raya Collection 2011

Pagi ini 20 Ramadan 1432 bersamaan dengan 20 Ogos 2011, terfikir nak post apa di blog ni? Kalau ikutkan 10 malam terakhir Ramadan adalah fasa pembebasan dari api neraka selepas fasa 10 malam Rahmat dan 10 malam Maghfirah. 10 malam terakhir ini juga sudah lazim kita fahami bahawa sepuluh hari yang terakhir pada bulan Ramadhan adalah turunnya LAILATUL QADR. Malam yang dinantikan untuk didapatkan oleh orang orang muslim yang melaksanakan ibadah puasa dengan penuh keimanan dan pengharapan Redha Allah Swt, karana pada malam tersebut siapa saja yang beribadah kepada Allah Swt, dengan penuh keimanan dan pengharapan kepad Allah Swt maka nilai ibadahnya sama dengan beribadah selama 1000 bulan. Sebagaimana Firman Allah dala surat Al-Qadr ayat 3 "Lailatul Qadr itu lebih baik dari seribu bulan". Namun dari pemerhatian teman 10 malam terakhir ini semakin kurang yang pergi berjemaah tarawikh di masjid-masjid. Memang sukar hendak beristiqomah dalam bab ibadat ini. Syabas bagi sesiapa yang dapat beristiqomah sepanjang Ramadan. Bagi teman sendiri masih sukar hendak beristiqomah, apa tah lagi hendak gandakan lagi ibadat seperti qiamullail. Di 10 malam terakhir lebih ramai yang sibuk mencari baju-baju dan bahan keperluan yang lain, bagi memastikan persiapan hari raya berjalan lancar. Dari pemerhatian teman, shopping complex memang dari awal Ramadan sudah putarkan lagu-lagu syahdu hari raya. Dan dalam Radio dan TV selepas 15 Ramadan, mereka mula putarkan lagu-lagu hit hari raya dan promosikan rancangan-rancangan menarik di hari Raya nanti. Elok juga la, tak la terlampau awal sangat, tapi pada pendapat teman lebih baik putarkan lagi ala-ala nasyid dulu dan di hari raya nanti baru putarkan lagu-lagu raya nostalgia yang tak lekang dek panas. Tapi terdengar juga lagu-lagu yang menyelitkan intro takbir raya, jadi kalau dalam ramadan pun dah boleh dengar takbir raya, tiada la syahdu lagi di hari raya. Jadi dalam kita sibuk buat persiapan hari raya, kita kena sentiasa ingat kepada Allah dan syukur atas segala nikmatNya, sentiasa berdoa agar tindakan sepanjang persiapan menyambut syawal ini ditentukan dengan keimanan kita. InsyaAllah..
Apa-apa pun di sini aku teman nak share link-link lagu raya yang berkenan di hati...

Satu Hari Di Hari Raya
Satu hari di Hari Raya
Ku lihat cahaya bersinar indah
Langit cemerlang tak terkira
Tanda kuasa yang Maha Esa
Memberi nikmat pada manusia
Satu hari di Hari Raya
Ku dengar irama yang sungguh indah
Ku coba mendekati padanya
Kira irama itu adalah
Suara pujian pada yang Esa
Satu hari di Hari Raya
Aku menangis tanda gembira
Aku menangis tanda ku cinta kepadaNya
Satu hari di Hari Raya
Ku lihat wajah suci ibuku
Ku lihat wajah kasih ayahku Ku gembira
Mungkin inilah dia kebahagiaan

Lagu/Lirik : M.Nasir
Penyanyi : M.Nasir
download :

POSTED BY PENberlensa
DISCUSSION 0 Comments

Leave a Reply

ADS 468x60

Slidershow