>>TRAVEL :: AirAsia :: MAS :: FireFly :: MasWing :: PotoTravel ::
>> MYROUTINE :: Blogger :: Maybank2u :: Facebook ::Twitter :: Flickr :: Google :: Yahoo :: MAS :: Airasia :: E-bay :: paypal :: FantasyEPL :: Olympus :: Mitsubishi :: Youtube ::

______________________________________________________________

..

Trip ke Sarawak

peta check point yang perlu di tempuh - kalau GPS kurang pasti ..
Setahun lebih dah berlalu, tapi masih segar dalam ingatan. Trip ke Sarawak adalah trip terpanjang dari segi masa dan jarak memandu. Pada cuti sekolah pertengahan tahun 2009 teman & wife excited nak pergi Sarawak dengan kereta. Memang kami suka trip dengan kereta sebab bebas bergerak, boleh singgah-minggah. Kalau nak dihitungkan mungkin perbelanjaan trip dengan 'flight' berbanding kereta mungkin lebih kurang sama, cuma kepuasan perjalanan dah tentu la dengan kereta sendiri. Sebaliknya, kalau dengan flight dah tentu lebih relax tapi lebih tertumpu pada sesuatu destinasi sahaja yang kita boleh meninjau-ninjau.

Dah lebih setahun baru rasa nak publish kenangan manis ni..Pada cuti pertengahan tahun 2009 teman & wife bercuti, melancong ke Sarawak..melalui jalan darat dengan pengangkutan Sdn. Bhd.. Keputusan dibuat pada 28/05/2009 (Khamis).. hari yang sama juga kami bertolak dari Nabawan ke Kota Kinabalu (KK) ...esok(jumaat) kami ambil cuti (CRK)..Kami ke Kota Kinabalu terlebih dahulu sebab baru nak buat passport ...dalam perjalanan ke KK melalui Keningau-Kimanis (Jalan paling curam di Malaysia)...Kami terasa break pad Triton kami dah kureng... bile break rasa bergegar... so kami plan esok hari lepas settle passport di Imigration..kami nak servis Triton dulu... Sampai saja KK kami check in di Hotel Tabung Haji...
29/05/2009 Kami bersiap awal2 pagi...lepas sarapan terus ke Imigration di mini Putrajaya Likas... buat passport... kami decide buat passport terhad ke Brunei (RM 150) seorang ... boleh sah guna untuk tempoh 5 tahun. Masa tu international passport masih RM300 untuk 3 tahun ..sekarang RM100 untuk 2 tahun .


Dengan Kudrat kereta sdn bhd yang baru ganti break pad.. perjalanan sememangnya meyakinkan..

29 Mei 2009 (Jumaat)
• 1555 pm Dari BEAUFORT isi minyak RM72.00 . Setelah isi, RV meter menunjukkan diesel yang ada dalam tangki boleh menggerakkan keretaku sejauh 684 kilometer.
• 1710 pm Sampai Checkpoint SINDUMINmileage ketika itu 22122 km .
• Sampai LAWAS check in Hotel Perdana RM65/nite. Kira murah le ground floor, kalau tingkat atas murah lagi. Dah malam, Kalau ikutkan sempat juga kalau nak tidur di LIMBANG tapi mengikut kata kawan (konvoi -kebetulan), lebih baik transit di Lawas. Sebab selesa dan murah. Menurutnya kalau di Limbang boleh juga, tapi risau hari Jumaat ramai orang BRUNEI keluar ke Malaysia, jadi takut hotel2 di Limbang penuh. Jadi kami berpakat berkumpul di bawah hotel pukul 0600am sebab nak dapatkan first feri di MENGKALAP. Makan malam di dalam bilik saja sebab dah siap tapau dari mana ? (ntah tak ingat).
  • 30 Mei 2009 (Sabtu)
    • 0555 am LAWAS mileage 22155 bertolak.
    • 0846 am Check Point KUALA LURAH mileage 22264
    • 1020 am Check Point SUNGAI TUJUH mileage 22358 - kena Tol $B 3.00 (isi minyak RM50)
    • 1145 am MIRI –mileage 22405 (rehat makan lunch di kedai Mamak) – terpisah dgn kawan konvoi sbb diorang ade plan masing2 dan cara pemanduan agak bersantai.
    • 1240 pm Bertolak dari MIRI mileage 22412.
    • 1455 pm BINTULU –mileage 22613 .
    • 1540 pm TATAU - mileage 22664
    • 1740 pm SIBU – mileage 22808
    • 1845 pm SARIKEI (simpang) –mileage 22890
    • 1930 pm SARATOK – mileage 22945 (isi minyak RM86.60)
    • 2130 pm SRI AMAN – mileage 23071 (check in Hotel Hoover In RM60)
    Sindumin (SABAH)>>>30km/20-30minit<>>>LAWAS(SARAWAK)>>>109km/3 jam-standard(bergantung kpd giliran feri)>>>Kuala Lurah (BRUNEI)>>> 96 km/1 jam ½ (bergantung kpd kesesakan check point)>>> Sungai Tujuh(SARAWAK) >>> 47 km /½ jam <>>>>MIRI>>><>>>BINTULU>>><>>>Tatau>>><>>>SIBU>>><>>>SARIKEI>>><>>>Saratok>>><>>>SRI AMAN>>><>>>SERIAN>>><>>>Serikin

    31 Mei 2009 (Ahad)
    • 1000 am tengok fenomena “Benak” sebelah KFC Sri Aman.
    • 1055 am bertolak dari SRI AMAN.
    • 1300 pm sampai SERIAN - mileage 23213 (singgah makan+solat)
    • 1316 pm bertolak dari SERIAN - mileage 23230
    • 1650 pm sampai SERIKIN (Shoping di sempadan Indon –suasana lebih kurang di Wang Kelian Perlis), Tapi dah lewat banyak kedai tutup dah.
    • 1800 pm bertolak dari SERIKIN (patah balik ke SARATOK sebab C.Yusuf&Ann ajak joint HARI GAWAI
    • 1830 pm BAU mileage 23363
    • 1900 pm sampai simpang KUCHING
    • 1940 pm bertolak ke SERIAN mileage 23412
    • 1955 pm sampai SERIAN mileage 23448 (singgah makan mee kolok)
    • 2047 pm bertolak ke SARATOK
    • 2340 pm sampai SARATOK mileage 23694 (Check in Hotel Popular In RM 36/nite kali 3 malam sebab joint celebrate Hari Gawai di Ulu Awik – Kpg Ann & C.Yusuf)
    01 Jun 2009 (Isnin)
    • Masih di SARATOK- (di Ulu Awik pagi & Malam) – Restoran The CafĂ© dan gerai di tebing sungai – destinasi makanan di sana.
    02 Jun 2009 (Selasa)
    • Masih di SARATOK (lepas sarapan pegi Bandar SARIKEI) – jalan2, bergambar (masih di Popular Inn). Isi diesel RM 76.60

    03 Jun 2009 (Rabu)
    • 1330 PM bertolak ke KUCHING. Banyak ronda-ronda sekitar Kuching. Stay di rumah mertua Yusuf. Thanks Yusuf & Ann sekeluarga. Makanan di Kuching sedap-sedap. Laksa Sarawak, Nasi ayam penyek, Tea C peng dan macam-macam ada.
    • Lama juga di KUCHING, selama 4 malam. Sempat ke pasar minggu Kuching, makan steamboat di waterfront, Cultural Village, cari tikar Sarawak, cari pasu Sarawak di batu 4, sembahyang Jumaat di Masjid Negeri, jalan2 di Parkson & Spring Kuching. Banyak tempat lagi, maybe lain lain kali ke Kuching lagi.

    PERJALANAN BALIK KE SABAH

    07 Jun 2009 (Ahad)
  • Sebelum bertolak sempat sekali lagi ke pasar hujung minggu Sabtu&Ahad di SERIKIN bersama c. Yusuf & mertuanya (untie).. sempat lagi beli satu lagi tikar Sarawak.. murah memang murah tapi kualitinya agak kuranng berbanding yang dijual di Kuching.
  • lepas selesai membeli-belah di Serikin.. barulah kami bertolak balik menghala ke Sabah sekitar pukul 2 pm.
  • mustahil terus sampai ke Sabah.. kami tidak terlalu mengejar masa.. so perjalanan agak santai... decide tidur di Popular Inn Saratok lagi.. dah biasa di situ.. nak makan pun senang.. banyak pilihan .. walaupun pekannya agak terpencil dari jalan utama... kumudahannya lengkap.

08 Jun 2009(Isnin)

  • pagi di Saratok.. apa lagi org rumah dah berkenan makan kat Teh Cafe.. so dah serasi pula makan kat situ.. boleh la layan laksa Sarawak, Mee Jawa etc.
  • selesai sarapan ..mula kan perjalanan menuju ke Sibu.. bandar yang kami belum singgah semasa perjalanan pergi sebab ikut jalan Durin 'under construction' - gravel yang agak ok.. , kali ni nak ikut jalan 'Lanang' ikut simpang ke Bintangor ..tapi kena tempuh Jambatan RM10 menyeberangi Sg Rajang.. satu-satunya sungai di Malaysia..kapal laut boleh menyusurinya..
  • Sebelum sampai teman call siap2 member lama UPSI, Mazlan... thanks Lan mengalu-alukan teman datang & sudi sediakan penginapan di rumahnya yang baru beli ..errgg boleh tahan long term planning dia...hehe
  • Malam makan di food court bersama-sama

o9 Jun 2009 (Selasa)

  • seawal jam 6.00 pagi .. kami dah bersiap nak bertolak.. menuju satu lagi bandar yang belum kami singgah ketika perjalanan pergi.. iaitu Bintulu.. bandar minyak.

POSTED BY PENberlensa
POSTED IN
DISCUSSION 0 Comments

Kuala Kangsar mari!

. walau di mana berada.. teman adalah orang 'Kuale' (Kuala Kangsar)..
sticker tu pun beli di Kuale..

POSTED BY PENberlensa
POSTED IN
DISCUSSION 0 Comments

waktu berbuka puasa...Sabah


POSTED BY PENberlensa
POSTED IN
DISCUSSION 0 Comments

tanam2an

cendehum @ kesum/ kari/ kunyit / lengkuas

cendehum @ kesum/ kari/ kunyit / lengkuas


POSTED BY PENberlensa
DISCUSSION 0 Comments

pengumuman puasa 1431

POSTED BY PENberlensa
POSTED IN
DISCUSSION 0 Comments

buat blog baru sambil tunggu pengumuman 1 Ramadhan 1431

10 ogos 2010 ( 29 Syaaban 1431)

sambil menunggu pengumuman 1 Ramadhan 1431 (2010) ... terfikir nak buat blog baru ..
pengisiannya mungkin akan ditambah-tambah ..akan datang... insyaAllah

POSTED BY PENberlensa
POSTED IN
DISCUSSION 0 Comments

ADS 468x60

Slidershow