>>TRAVEL :: AirAsia :: MAS :: FireFly :: MasWing :: PotoTravel ::
>> MYROUTINE :: Blogger :: Maybank2u :: Facebook ::Twitter :: Flickr :: Google :: Yahoo :: MAS :: Airasia :: E-bay :: paypal :: FantasyEPL :: Olympus :: Mitsubishi :: Youtube ::

______________________________________________________________

..

oh Triton

dah lama tak mengadunkan Triton teman.. sebelum ini, dah touch up tambah front grill (RM350), fender mirror (RM200) window visor dalam RM 100 , door handle cover RM?? dan yang paling banyak kos pasang tonneau cover dalam RM 4k. Minat nak touch up & make up kereta/motor ni bermusim ... dan minat ni pula semakin slow down bila keadaan persekitaran rumah yang kurang sesuai.
Teman ni tinggal menyewa di rumah kedai.. so susah nak basuh, belek-belek & lap-lap kereta ni. masa masih baru ..memang semangat tapi bila dah mula ada kesan-kesan calar & kemek hasil tangan orang-orang yang tak dapat dikesan.. mula laa kurang memberi tumpuan pada triton teman..
Tapi hari ni rajin pula aku google accessories triton, bila mula rasa nak touch up bahagian-bahagian yang tercalar kemek.. biarpun kesannya sangat minimum..
baru-baru ini pun teman join Triton Tuners Club & Borneo Triton Club di facebook.. Jadi macam-macam info dan gambar yang dikongsi. Ini yang membangkitkan semula minat mengadunkan kereta ni... Tapi apapun, yang penting modal kena ada...
Sebelah depan kanan triton teman ..ada spoil sikit catnya ... so terfikir sama ada mahu cover dengan cat semula atau pasang snorkel. Tapi kalau pasang snorkel rasanya masih nampak lagi kesan yang spoil tu.. terfikir juga adakah orang yang pasang snorkel ni tujuannya semata-mata untuk meredah air ... dan terfikir juga apa jadi kalau snorkel yang dipasang mengatasi air hujan yang lebat ... so teman google la mencari info kelebihan dan kekurangan memasang snorkel ni...

POSTED BY PENberlensa
POSTED IN
DISCUSSION 0 Comments

Lagu Raya Collection 2011

Pagi ini 20 Ramadan 1432 bersamaan dengan 20 Ogos 2011, terfikir nak post apa di blog ni? Kalau ikutkan 10 malam terakhir Ramadan adalah fasa pembebasan dari api neraka selepas fasa 10 malam Rahmat dan 10 malam Maghfirah. 10 malam terakhir ini juga sudah lazim kita fahami bahawa sepuluh hari yang terakhir pada bulan Ramadhan adalah turunnya LAILATUL QADR. Malam yang dinantikan untuk didapatkan oleh orang orang muslim yang melaksanakan ibadah puasa dengan penuh keimanan dan pengharapan Redha Allah Swt, karana pada malam tersebut siapa saja yang beribadah kepada Allah Swt, dengan penuh keimanan dan pengharapan kepad Allah Swt maka nilai ibadahnya sama dengan beribadah selama 1000 bulan. Sebagaimana Firman Allah dala surat Al-Qadr ayat 3 "Lailatul Qadr itu lebih baik dari seribu bulan". Namun dari pemerhatian teman 10 malam terakhir ini semakin kurang yang pergi berjemaah tarawikh di masjid-masjid. Memang sukar hendak beristiqomah dalam bab ibadat ini. Syabas bagi sesiapa yang dapat beristiqomah sepanjang Ramadan. Bagi teman sendiri masih sukar hendak beristiqomah, apa tah lagi hendak gandakan lagi ibadat seperti qiamullail. Di 10 malam terakhir lebih ramai yang sibuk mencari baju-baju dan bahan keperluan yang lain, bagi memastikan persiapan hari raya berjalan lancar. Dari pemerhatian teman, shopping complex memang dari awal Ramadan sudah putarkan lagu-lagu syahdu hari raya. Dan dalam Radio dan TV selepas 15 Ramadan, mereka mula putarkan lagu-lagu hit hari raya dan promosikan rancangan-rancangan menarik di hari Raya nanti. Elok juga la, tak la terlampau awal sangat, tapi pada pendapat teman lebih baik putarkan lagi ala-ala nasyid dulu dan di hari raya nanti baru putarkan lagu-lagu raya nostalgia yang tak lekang dek panas. Tapi terdengar juga lagu-lagu yang menyelitkan intro takbir raya, jadi kalau dalam ramadan pun dah boleh dengar takbir raya, tiada la syahdu lagi di hari raya. Jadi dalam kita sibuk buat persiapan hari raya, kita kena sentiasa ingat kepada Allah dan syukur atas segala nikmatNya, sentiasa berdoa agar tindakan sepanjang persiapan menyambut syawal ini ditentukan dengan keimanan kita. InsyaAllah..
Apa-apa pun di sini aku teman nak share link-link lagu raya yang berkenan di hati...

Satu Hari Di Hari Raya
Satu hari di Hari Raya
Ku lihat cahaya bersinar indah
Langit cemerlang tak terkira
Tanda kuasa yang Maha Esa
Memberi nikmat pada manusia
Satu hari di Hari Raya
Ku dengar irama yang sungguh indah
Ku coba mendekati padanya
Kira irama itu adalah
Suara pujian pada yang Esa
Satu hari di Hari Raya
Aku menangis tanda gembira
Aku menangis tanda ku cinta kepadaNya
Satu hari di Hari Raya
Ku lihat wajah suci ibuku
Ku lihat wajah kasih ayahku Ku gembira
Mungkin inilah dia kebahagiaan

Lagu/Lirik : M.Nasir
Penyanyi : M.Nasir
download :

POSTED BY PENberlensa
DISCUSSION 0 Comments

Persoalan 7 orang perempuan dijawab seorang lelaki

renungan kita bersama 7 Perempuan Bertanya, 1 Lelaki Menjawab Kaum feminin cakap “susah jadi wanita”, mereka telah digoda dan diperdaya oleh syaitan dan hawa nafsunya sendiri, seperti yang kita lihat dialog dibawah, bagaikan mempersoalkan ketentuan Allah terhadap mereka. Dengan kata lain yang agak kasar, Allah berat ...sebelah pada kaum wanita. Keluh...an remaja perempuan A: “Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.” Keluhan isteri A: “Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.” Keluhan remaja perempuan B: “Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!” Keluhan isteri B: “Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!” Keluhan isteri C: “Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada Islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?” Keluhan isteri D: “Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?” Keluhan remaja perempuan C: “Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”. Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak samarata antara gender, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan. Kaum lelaki pula cakap, “Ah, mujur aku ni lelaki!” Tunggu..! Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Mujur ada seorang lelaki yang bukanlah seorang ustaz namun amat yakin bahawa Allah itu Maha Adil. Dia tidak mampu menuturkan sabda Rasulullah s.a.w dan petikan dari ayat Al-Quran, namun dengan keimanan dan ilmu sedikit yang dia ada ,diolah sebaiknya untuk menjawab soalan-soalan melampau itu. Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan A: “Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan dirumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu? Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi dikalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut kan? Tapi kalau sebaliknya, jangankan saya, tapi tok imam pun akan tercabut serbannya jika tengok awak pakai hanya seluar pendek!” Lelaki beriman menjawab keluhan isteri A: “Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!” Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan B: “Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu. Shh.. jangan kongsi dengan sape-sape walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!” Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri B: “Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan !” Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri C: “Akhirat nanti, saya dan lelaki lain didunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!” Lelaki beriman menjawab Keluhan remaja perempuan C: “Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!” Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri D: “Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya,dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!” Lelaki beriman bertanya: “Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?” Namun, wanita-wanita tadi menangis dan salah seorangnya berkata; “MasyaAllah, sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri yang mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum lelaki!” Demikianlah dialog wanita-wanita yang curiga itu dengan seorang lelaki biasa namun beriman. Musuh Islam tidak akan berhenti melakukan segala upaya, sampai kita ikut dan tunduk kepada cara-cara dan peraturan yang dipromosikan dan diperjuangkan mereka. Allah, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukumNya malah peraturanNya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia. Wahai lelaki, jagalah isterimu kerana dia perhiasan, pakaian dan ladangmu, sebagaimana Rasulullah s.a.w pernah mengajarkan agar kaum lelaki berbuat baik selalu (lembut) terhadap isteri anda sekalian. Berbahagialah wahai para muslimah. Tunaikan dan menegakkan agamamu, nescaya syurga menanti... Wanita cantik, melukis kekuatan pada masalahnya Dia tersenyum saat tertekan Tertawa di saat hati sedang menangis Memberkati di saat terhina.. Dan mempesona kerana memaafkan Wanita cantik, mengasihi tanpa marah Dan bertambah kuat dalam doa dan pengharapan SubhanAllah.... Hari ini ku bimbangi jika terakhir hidup Adakah lagi subuh esok... Untuk ku bernafas dan sujud mengabdi pada-Mu Berikan daku kesempatan menebus kesalahan Lantaran dosa dan noda krn sengaja melupakanMu Hadirkan damai sebelum di hujung nafasku Rahmat kasihMu Tuhan ampunan-Mu ku damba.." "Ya muqollibal qulub tsabbit qolbi ‘alad dinika wa ‘ala tho’atika".
dipetik dari perkongsian saudara Rusli Rasid.

POSTED BY PENberlensa
POSTED IN
DISCUSSION 0 Comments

Arabic

http://www.melody4arab.com/en_index.htm

POSTED BY PENberlensa
DISCUSSION 0 Comments

Photo Gallery by others

http://olympusprogallery.com/prophotos/en/gallery/camera/e5/list/#/list/1/



POSTED BY PENberlensa
POSTED IN
DISCUSSION 0 Comments

My Routine & Chemistry

Maybank2u :::::::::: http://www.maybank2u.com.my/
facebook ::::::::::::::http://www.facebook.com/
e-bay ::::::::::::::::::http://www.ebay.com/
Airasia :::::::::::::::::www.airasia.com/ -
MAS ::::::::::::::::::: http://www.malaysiaairlines.com
Google ::::::::::::::::: http://www.google.com
Yahoo :::::::::::::::::: http://www.yahoo.com
paypal ::::::::::::::::: www.paypal.com/

POSTED BY PENberlensa
POSTED IN
DISCUSSION 0 Comments

Fotomart Digital Centre Point KK

Ada barang-barang kamera dengan harga yang berpatutan - Fotomart Digital Centre Point

POSTED BY PENberlensa
DISCUSSION 0 Comments

ADS 468x60

Slidershow